Jumaat, 21 Januari 2011

Catatan Perjalanan ke Jakarta & Bandung 8/1/2011 – 11/1/2011

Ibu Negara : Jakarta

Populasi : 238 juta
Kerajaan : Republik Presidensial
Cuaca : Suhu pada bulan Januari ~ antara 17 – 30 darjah
Bahasa : Bahasa Indonesia
Masa : 1 jam lewat dari Malaysia cth: M= 2.00pm I=1.00pm
MataWang : Indonesia Rupiah 100,000 rp = RM 350
 
8/1/2011 – Sabtu ( Hari Pertama)

8.00am – Tiba di KLIA menunggu tour guide memberikan tag nama pada kami. Kaunter L14 dan L15

10.00am – bersarapan bersama-sama kawan-kawan ementara menunggu waktu penerbangan. Kawan2 nampaknya begitu teruja sambil bercerita tentang apa yang akan mereka lakukan setibanya di lokasi percutian. Jadual penerbangan adalah dalam jam 12.00 tengahari. Sementara menunggu masa penerbangan, sempat juga saya mendengar hasil perbualan mereka tentang percutian di Swiss tempoh hari di mana masa shopping dan masa lawatan agak terhad... (saya x join sekali waktu tu sbb ekonomi meleset)

12.10pm – Semua telah pun berada di dalam pesawat. Semuanya dalam keadaan baik dan tiada masalah.  Pihak MAS memberikan kata-kata aluan kepada semua dan mengucapkan selamat bercuti.

12.15pm – Pesawat meninggalkan KLIA – MH 859

12.40pm – Makan tengahari disediakan oleh MAS pilihan yang ada Nasi Kandar dan Nasi Beriyani dan jus oren.

 
 2.10pm – Selamat mendarat di Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara Bandung. Kebanyakan kami adalah pertama kali datang ke Bandung. Lebik kurang 1 ½ jam selesai urusan imigresen dan kastam. Kami disambut oleh pemandu pelancong dari Indonesia.

2.35pm – Semua telah pun berada dalam bas pelancong. Eddy memberikan kata-kata aluan kepada kami dan memperkenalkan Haris yang merupakan pemandu pelancong sepanjang berada di Bandung dan Jakarta. Pemandu bas pula Encik Ramli.

2.45pm – Bas memulakan perjalanan ke Pusat Dagangan Pasar Baru Bandung.

3.00pm - Di sini kami begitu gembira kerana ianya merupakan pusat membeli belah yang menawarkan harga yang jauh lebih rendah. Pelbagai sulaman, batik, pakaian, beg tangan dan lain-lain lagi boleh didapati di sini. Masa yang diberikan lebih kurang 2jam untuk ber”shopping”. Saya tersenyum melihat gelagat rakan2 saya, walaupun keletihan, walaupun kaki sakit, mereka tetap tersenyum.. dan meminta untuk datang semula ber”shopping” di Pasar Baru ini.

5.00pm – bertolak ke tempat makan malam di Sindang Reret

5.55pm – tiba di Restoran Sindang Reret dengan hidangan Sundha. Di sini makanan yang dihidangkan amat memuaskan dan enak. Rata-rata semua menyukainya. Saya sendiri pun suka dengan makanan yang disajikan. Restoran juga amat-amat selesa dan bersih ( 4 bintang saya rasa)

6.45pm – Selesai makan malam dan kami dibawa pula ke Factory Outlet. Salah satu factory outlet Branded Factory Outlet merupakan tempat membeli belah barangan yang berjenama yang dijual dengan harga borong. Kualiti barangan pula jauh lebih baik daripada Pasar Baru. Disini barangan yang dijual tidak boleh ditawar. Harga adalah tetap.

9.00pm – Selesai membeli belah di Factory Outlet dan bertolak ke Hotel Horison

9.30pm – Tiba di hotel dan check in.

9/1/2011 – Ahad ( Hari Kedua)

7.00am – Bersarapan di Hotel

8.30am – Bertolak ke Tangkuban Perahu Crater. Tangkuban Perahu adalah gunung berapi yang paling terkenal di Bandung. Ia terletak kira-kira 28km dari utara pusat bandar. Dalam perjalanan, Haris berserita tentang orang-orang Belanda yang pernah menjajah Indonesia, bangunan-bangunan dan rumah-rumah yang berunsurkan Belanda. Haris juga bercerita tentang pokok-pokok yang hidup ratusan tahun sebagai contoh “pokok tunjuk langit”.

9.30am – singgah di Pasar Buah. Di sini kami menikmati buah-buahan segar, kerepek-kerepek yang jarang terdapat di Malaysia contohnya “pisang keju” dan lain-lain.

9.45am – meneruskan perjalanan ke Tangkuban Perahu. Sepanjang perjalanan, saya dapat saksikan satu-satu perniagaan mengikut satu-satu tempat. Sebagai contoh, lorong nenas.. maka sepanjang lorong perniagaan mereka adalah nenas. Begitu juga arnab atau pun lebih dikenali sebagai kelinci.. yang anehnya, kelinci-kelinci tersebut tidak diletakkan di dalam reban sebaliknya hanya diletakkan di atas para dan tak melompat keluar dari para pula...

10.30am – tiba di Tangkuban Perahu. Semasa di kaki gunung, kami telahpun dinantikan oleh pemandu van dimana untuk naik keatas gunung bas tidak dibenarkan sama sekali. Jalan untuk ke atas amat berliku-liku dan banyak selekoh tajam. Setiap bas dibahagikan kepada 3 kumpulan kerana kerusi penumpang van agak terhad. Menikmati pemandangan kawah gunung berapi yang masih aktif memang amat mengasyikkan... Cuaca agak dingin dan kami terpaksa mengenakan baju sejuk ataupun selendang. Sempat juga saya dan beberapa rakan lain membeli selendang di sini. Seperti biasa, di bandung memang terkenal dengan masyarakat yang suka berniaga. Masakan tidak, di atas gunung pun mereka tetap berniaga.. pelbagai cenderahati sebagai kenang-kenangan dijual di sini. Harga tak perlu nak cakap... asalkan pandai menawar.. anda akan dapat harga terbaik..

12.10pm – Setelah berpenat lelah dan menjamu mata dengan pemandangan indah, kami bertolak pula ke Kolam Air Panas Ciater. Di sini kami berpeluang untuk berendam air panas. Tempat makan tengahari pula berada di tempat yang sama. Makanan yang disajikan memuaskan. Restoran Kunang Kunang.

2.00pm – Selesai makan tengahari bertolak pula ke Rumah Mode Factory outlet pula. Satu lagi tempat membeli belah yang agak terkenal. Sebenarnya tempat tersebut tidaklah begitu jauh tetapi memandangkan jalan-jalan di sini agak sempit dan kesesakan lalulintas agak mencabar pemandu bas kami iaitu Pak Ramli. Perjalanan ke satu-satu tempat agak membosankan dengan jalan raya yang sentiasa jem.

3.30pm – tiba di Rumah Mode Factory outlet. Kami diberi masa lebih kurang 3 jam untuk membeli belah.

6.30pm – bertolak untuk makan malam. Kali ini kami dibawa ke Restoran Sederhana Bandung (x berapa sedap..huhuhu)

7.25pm – selesai menikmati hidangan makan malam kami dibawa pula ke Jalan Cihampelas di mana di sini kami membeli pakaian rekaan rakyat yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

8.45pm – bertolak pulang ke hotel Horison. Dalam perjalanan pulang, kami sempat dihiburkan dengan artis jalanan. Mereka mengikuti kami menaiki bas dan sama-sama menyanyi sehingga separuh perjalanan mereka pun turun. (lagu standard "cari jodoh la)

9.15pm - sampai di hotel.

10/1/2011 – Isnin ( Hari Ketiga)

7.00am – Bersarapan di hotel

8.30am – merupakan hari yang agak singkat. Bertolak ke Jakarta

12.30pm – tiba di Mangga Dua.. Cuci2 mata...  ngeh3 (survey dulu)

2.00pm – Bertolak ke Restoran Sari Minang untuk makan tengahari. Di sini kami dihidangkan dengan makanan yang berunsurkan masakan gabungan etnik Betawi dan Jawa. Kemudian, kami juga turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian karaoke oleh penyanyi restoran tersebut... saya turut sama menari.

2.30pm – Selepas makan tengahari pergi ke Mangga Dua lagi untuk menikmati suasana membeli belah. Tidak kurang meriahnya di sini, dari segi kualiti barangan yang dijual agak baik berbanding dengan Pasar baru Bandung. Hasil perbualan saya dengan pengusaha di Mangga Dua, kebanyakan barangan yang dijual di Bandung diperolehi dari Jakarta. Harga pula bergantung pada kualiti.

6.00pm – Bertolak ke Hotel Aston Marina.

6.30pm – Check in dan lokasi hotel agak strategik kerana dekat dengan Pusat Membeli Belah Mangga Dua. Saya juga difahamkan boleh mengambil teksi sendiri untuk membeli belah jikalau masih belum dapat apa yang dihajati.

7.30pm – Makan malam dengan 2 persembahan tarian kebudayaan yang dianjurkan oleh pihak hotel. lepas tu balik terus tdo.. nak pi clubbing da x larat.... sakit kaki siang td....

11/1/2011 – Selasa ( Hari Keempat)

7.00am – Bersarapan di hotel

9.30am – daftar keluar dari hotel Aston Marina.

10.00am – shopping lagi di Mangga Dua. (saya x beli apa pown..teman member jew)

1.30pm – makan tengahari di Cianjur Ikan Bakar. Makanan yang dihidangkan seperti hidangan di Malaysia. Rata-rata puashati dengan makanan yang dihidangkan. Cuaca pula kurang baik kerana hujan lebat.

2.45pm – bertolak ke lapangan terbang.

4.30pm – Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno – Hatta di Cengkareng dan daftar masuk untuk penerbangan ke KLIA serta check in bagasi.

6.15pm – Terbang ke KLIA – MH 722

9.30pm – Mendarat di KLIA bersama kenangan manis.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Sonata Musim Salju - Jeju Island - Korea

Hai semua, apa khabar? hopefully korunk semua sihat.. almaklum la cuaca dunia skrg neh senantiasa berubah2.. so, kalo rasa2 mcm x sihat pi la makan ubat or meet doc... okey la... setelah korunk semua disajikan dgn info2 ttg club med tempoh ari, kali neh aku nak bwak korunk pi luar negara lak... spt yg korunk maklum.. kali neh aku nak share ttg negara yg hazami nyanyi tu...yup... sonata musim salju.. korea...

Negara korea neh mmg luas sehinggakan belum semua tempat aku jejak... masuk kali neh da 2 kali aku pi negara neh... tahun 2007 adew gaks pi.. tp masa tu x sempat nak share dgn korunk semua maklum la.. lom adew blog neh ag... tapi tahun neh aku x kira... aku nak share gak dgn korunk... hehehehe...

baiklah.. aku nak bawak korunk terbang ke seoul - Jeju Island... wat makluman semua aku berada di sana selama 6 hari 5 malam... nak kata lama pown xde la.. naek plane pergi dan balik pown da makan masa lebih kurang 2 ari... menggunakan perkhidmatan Korean Air..masa penerbangan lebih kurang 7 jam, Kat sana mata wang yg digunakan adalah KRW - South Korean Won. cuaca sejuk kat sna plak max 12C min 15C.. memang sejuk dan kitorg semua kene bwak baju tebal, long jhon, sarung tangan, lip gloss dan losyen.. masa plak 1 jam kehadapan dari malaysia.

KLIA
hari pertama: aku n d geng kumpul kat KLIA mendengar taklimat dari tour guide.. mcm bese dgr la apew yg dipesan,, perkara2 yg boley n x boley semasa berada di sana..


 setelah 7-8jam kebas punggung duduk kat kelas ekonomi, akhirnya sampai la kat seoul... adew la amik pic sket.. ehehehe..







 

sesampainyew kat Incheon International Airport, kami disambut oleh tour guide yg pandai cakap omputeh kat sana,..beliau kata kalau nak pi jeju island kene naek plane sekali lagi.. so, selepas rehat 1 jam, kami pown diterbangkan ke sana, lebih kurang 40min sampai la...





beginilah suasana jeju island ... rata2 penduduknya nelayan.. suka bercucuk tanam..
semasa kat jeju island, kami sempat juga melawat tempat2 spt Dragons Head Rock, yg terhasil dari limpahan lava dan juga melawat ke Ghost Road..sedikit ttg ghost road.. sebatang jalan yg memang pelik.. besenyew kalau kita mendaki bukit kita akan rase letih kan?? betul tak?? tapi kat ghost road neh,, makin korunk daki, makin laju kaki korunk.. then aku pown test la letak botol, kalau ikut graviti yg bese.. botol akan bergolek kebawah dgn laju tp kat cni sebaliknyew.. thats y diorg gelar ghost road.. kalau korunk nak tawu lebih lanjut.. korunk cri jew kat website.. hehehehe..


rumah2 kampung diorg.. spt yg korunk sedia maklum.. pekerjaan penduduk jeju island neh lebih kpd bercucuk tanam n nelayan..kat sni brg2 yg di jual agak mahal berbanding di seoul kerana kat sni merupakan tempat pelancungan berbulan madu yg agak famous la... kat sni tempat dia tenang dan jauh dari hiruk pikuk bandar... 






aku sempat gak pi kebun limau diorg... he3... nak share sikit.. korunk percaya x diorg kat kebun neh x guna racun serangga?? urm... kalau korunk nak tawu.. diorg mmg x guna pown racun serangga.. lepas tu buah2 limau kat sini, x boleh disentuh sesuka hati sanubari korunk.. kene pakai sarung tgn n gune sepit dia la utk petik.. huh.. byk tol pantang larang dia!






setelah penat menjelajah hutan belukar dan kebun limau seperti bese kami pown cari hotel dan check-in.. bngun pagi befes then terus melawat kampung2 kat sna lagi... kat sna mmg diorg friendly.. walaupun  bahasa x brp nak fhm, tp ekspresi wajah2 mereka tu lebey kurang bg salam la...seterunya kami pi melawat Seopjikoji, Sunrise Park, ATV Ride experience 





dan Teddy Bear Muzium..

setelah puas main2 dgn Teddy Bear dan pakai baju askar, kami pown balik semula ke seoul.. naek kapal terbang yang sama.. sampai hotel.. check in .. mmg penat sikit tapi happy la.. esoknyew lepas bekfes kami pi membeli belah... tapi yg paling best pd ppuan mestila pi kedai kosmetik.. kat sna kedai yg agak popular ialah The Face Shop.. kat malaysia pown adew cawangan diorg...  








jeruk sayuran  antara makanan musim salju yg popular Kimchee...

lepas beli brg2 kegemaran, kami terus dibawa ke sekolah... heheheh... tapi neh bukan sekolah biase2.. neh sekolah cmne nak belajar wat Kimchee..., nak share sikit dgn korunk.. sepanjang perjalanan dari kampung2 diowg mmg byk ditanam kobis2 bunga kat hiway... kobis2 tu la yg diorg wat kimchee.. mmg menghijau jew suasananya...berbalik semula ttg sekola kimchee td.. pihak sekolah tersebut turut memberi peluang kpd kami utk mencuba pakaian tradisional diorg... pic kat bawah neh... ngeee~~~






setelah mengetahui betapa payahnyew membuat jeruk sayuran kimchee., kami dibawa melawat kedai ginseng.. pic kat bawah tu...kalau nak tawu ginseng tu usia dia brp tahun senang jew.. tgk akat tunjang dia.. kalau cabang akar dia satu thats mean setahun, kalau cabang akar dia dua, thats mean dua tahun and so on.... selain ginseng, purple crsytal  (original) juga turut popular .. harga di sana jauh lebih murah berbanding kat sini ( malaysia) 
satu lagi tempat menarik kat korea pada musim sejuk ialah Lotte World theme.. biasenyew musim sejuk diorg cuti sekolah.. nak maen2 kat luar cuaca sejuk so, diorg pown wujudkan la theme park neh... 












owh yew.. lupa plak nak share pasal makan plak... kalau korunk nak tawu, kat sni makanan dia ala2 Jhonys... (betul kew aku eja neh?)ala.. yg kedai makan steam boat tu... sehari dua makan mmg la okey.. tapi kalau da 4 -5 hari korunk belasah bende tu.. mau kembang tekak la jawabnyew... kebanyakan mereka kat sni suka makan makanan kukus, stim then seafood diorg sukew mkn raw....eeeiiii.. adew satu kedai tu aku pergi.. dia makan sotong idup2... uwekkk!! pada aku bab makan kat sana .. failed la... da la susah nak cri sambal... kikiki
neh adew laa pic kenangan yg aku nak share dgn korunk... hasil beli belah aku yg x seberapa n barisan rakyat malaysia yg pi dgn aku.. iaitu satu bas dgn aku... aku kat depan no 4 dari kanan....ngeh3... SEKIAN... jumpe lagi kat cuti2 akan datang.... ^_^