Jumaat, 21 Januari 2011

Catatan Perjalanan ke Jakarta & Bandung 8/1/2011 – 11/1/2011

Ibu Negara : Jakarta

Populasi : 238 juta
Kerajaan : Republik Presidensial
Cuaca : Suhu pada bulan Januari ~ antara 17 – 30 darjah
Bahasa : Bahasa Indonesia
Masa : 1 jam lewat dari Malaysia cth: M= 2.00pm I=1.00pm
MataWang : Indonesia Rupiah 100,000 rp = RM 350
 
8/1/2011 – Sabtu ( Hari Pertama)

8.00am – Tiba di KLIA menunggu tour guide memberikan tag nama pada kami. Kaunter L14 dan L15

10.00am – bersarapan bersama-sama kawan-kawan ementara menunggu waktu penerbangan. Kawan2 nampaknya begitu teruja sambil bercerita tentang apa yang akan mereka lakukan setibanya di lokasi percutian. Jadual penerbangan adalah dalam jam 12.00 tengahari. Sementara menunggu masa penerbangan, sempat juga saya mendengar hasil perbualan mereka tentang percutian di Swiss tempoh hari di mana masa shopping dan masa lawatan agak terhad... (saya x join sekali waktu tu sbb ekonomi meleset)

12.10pm – Semua telah pun berada di dalam pesawat. Semuanya dalam keadaan baik dan tiada masalah.  Pihak MAS memberikan kata-kata aluan kepada semua dan mengucapkan selamat bercuti.

12.15pm – Pesawat meninggalkan KLIA – MH 859

12.40pm – Makan tengahari disediakan oleh MAS pilihan yang ada Nasi Kandar dan Nasi Beriyani dan jus oren.

 
 2.10pm – Selamat mendarat di Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara Bandung. Kebanyakan kami adalah pertama kali datang ke Bandung. Lebik kurang 1 ½ jam selesai urusan imigresen dan kastam. Kami disambut oleh pemandu pelancong dari Indonesia.

2.35pm – Semua telah pun berada dalam bas pelancong. Eddy memberikan kata-kata aluan kepada kami dan memperkenalkan Haris yang merupakan pemandu pelancong sepanjang berada di Bandung dan Jakarta. Pemandu bas pula Encik Ramli.

2.45pm – Bas memulakan perjalanan ke Pusat Dagangan Pasar Baru Bandung.

3.00pm - Di sini kami begitu gembira kerana ianya merupakan pusat membeli belah yang menawarkan harga yang jauh lebih rendah. Pelbagai sulaman, batik, pakaian, beg tangan dan lain-lain lagi boleh didapati di sini. Masa yang diberikan lebih kurang 2jam untuk ber”shopping”. Saya tersenyum melihat gelagat rakan2 saya, walaupun keletihan, walaupun kaki sakit, mereka tetap tersenyum.. dan meminta untuk datang semula ber”shopping” di Pasar Baru ini.

5.00pm – bertolak ke tempat makan malam di Sindang Reret

5.55pm – tiba di Restoran Sindang Reret dengan hidangan Sundha. Di sini makanan yang dihidangkan amat memuaskan dan enak. Rata-rata semua menyukainya. Saya sendiri pun suka dengan makanan yang disajikan. Restoran juga amat-amat selesa dan bersih ( 4 bintang saya rasa)

6.45pm – Selesai makan malam dan kami dibawa pula ke Factory Outlet. Salah satu factory outlet Branded Factory Outlet merupakan tempat membeli belah barangan yang berjenama yang dijual dengan harga borong. Kualiti barangan pula jauh lebih baik daripada Pasar Baru. Disini barangan yang dijual tidak boleh ditawar. Harga adalah tetap.

9.00pm – Selesai membeli belah di Factory Outlet dan bertolak ke Hotel Horison

9.30pm – Tiba di hotel dan check in.

9/1/2011 – Ahad ( Hari Kedua)

7.00am – Bersarapan di Hotel

8.30am – Bertolak ke Tangkuban Perahu Crater. Tangkuban Perahu adalah gunung berapi yang paling terkenal di Bandung. Ia terletak kira-kira 28km dari utara pusat bandar. Dalam perjalanan, Haris berserita tentang orang-orang Belanda yang pernah menjajah Indonesia, bangunan-bangunan dan rumah-rumah yang berunsurkan Belanda. Haris juga bercerita tentang pokok-pokok yang hidup ratusan tahun sebagai contoh “pokok tunjuk langit”.

9.30am – singgah di Pasar Buah. Di sini kami menikmati buah-buahan segar, kerepek-kerepek yang jarang terdapat di Malaysia contohnya “pisang keju” dan lain-lain.

9.45am – meneruskan perjalanan ke Tangkuban Perahu. Sepanjang perjalanan, saya dapat saksikan satu-satu perniagaan mengikut satu-satu tempat. Sebagai contoh, lorong nenas.. maka sepanjang lorong perniagaan mereka adalah nenas. Begitu juga arnab atau pun lebih dikenali sebagai kelinci.. yang anehnya, kelinci-kelinci tersebut tidak diletakkan di dalam reban sebaliknya hanya diletakkan di atas para dan tak melompat keluar dari para pula...

10.30am – tiba di Tangkuban Perahu. Semasa di kaki gunung, kami telahpun dinantikan oleh pemandu van dimana untuk naik keatas gunung bas tidak dibenarkan sama sekali. Jalan untuk ke atas amat berliku-liku dan banyak selekoh tajam. Setiap bas dibahagikan kepada 3 kumpulan kerana kerusi penumpang van agak terhad. Menikmati pemandangan kawah gunung berapi yang masih aktif memang amat mengasyikkan... Cuaca agak dingin dan kami terpaksa mengenakan baju sejuk ataupun selendang. Sempat juga saya dan beberapa rakan lain membeli selendang di sini. Seperti biasa, di bandung memang terkenal dengan masyarakat yang suka berniaga. Masakan tidak, di atas gunung pun mereka tetap berniaga.. pelbagai cenderahati sebagai kenang-kenangan dijual di sini. Harga tak perlu nak cakap... asalkan pandai menawar.. anda akan dapat harga terbaik..

12.10pm – Setelah berpenat lelah dan menjamu mata dengan pemandangan indah, kami bertolak pula ke Kolam Air Panas Ciater. Di sini kami berpeluang untuk berendam air panas. Tempat makan tengahari pula berada di tempat yang sama. Makanan yang disajikan memuaskan. Restoran Kunang Kunang.

2.00pm – Selesai makan tengahari bertolak pula ke Rumah Mode Factory outlet pula. Satu lagi tempat membeli belah yang agak terkenal. Sebenarnya tempat tersebut tidaklah begitu jauh tetapi memandangkan jalan-jalan di sini agak sempit dan kesesakan lalulintas agak mencabar pemandu bas kami iaitu Pak Ramli. Perjalanan ke satu-satu tempat agak membosankan dengan jalan raya yang sentiasa jem.

3.30pm – tiba di Rumah Mode Factory outlet. Kami diberi masa lebih kurang 3 jam untuk membeli belah.

6.30pm – bertolak untuk makan malam. Kali ini kami dibawa ke Restoran Sederhana Bandung (x berapa sedap..huhuhu)

7.25pm – selesai menikmati hidangan makan malam kami dibawa pula ke Jalan Cihampelas di mana di sini kami membeli pakaian rekaan rakyat yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

8.45pm – bertolak pulang ke hotel Horison. Dalam perjalanan pulang, kami sempat dihiburkan dengan artis jalanan. Mereka mengikuti kami menaiki bas dan sama-sama menyanyi sehingga separuh perjalanan mereka pun turun. (lagu standard "cari jodoh la)

9.15pm - sampai di hotel.

10/1/2011 – Isnin ( Hari Ketiga)

7.00am – Bersarapan di hotel

8.30am – merupakan hari yang agak singkat. Bertolak ke Jakarta

12.30pm – tiba di Mangga Dua.. Cuci2 mata...  ngeh3 (survey dulu)

2.00pm – Bertolak ke Restoran Sari Minang untuk makan tengahari. Di sini kami dihidangkan dengan makanan yang berunsurkan masakan gabungan etnik Betawi dan Jawa. Kemudian, kami juga turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian karaoke oleh penyanyi restoran tersebut... saya turut sama menari.

2.30pm – Selepas makan tengahari pergi ke Mangga Dua lagi untuk menikmati suasana membeli belah. Tidak kurang meriahnya di sini, dari segi kualiti barangan yang dijual agak baik berbanding dengan Pasar baru Bandung. Hasil perbualan saya dengan pengusaha di Mangga Dua, kebanyakan barangan yang dijual di Bandung diperolehi dari Jakarta. Harga pula bergantung pada kualiti.

6.00pm – Bertolak ke Hotel Aston Marina.

6.30pm – Check in dan lokasi hotel agak strategik kerana dekat dengan Pusat Membeli Belah Mangga Dua. Saya juga difahamkan boleh mengambil teksi sendiri untuk membeli belah jikalau masih belum dapat apa yang dihajati.

7.30pm – Makan malam dengan 2 persembahan tarian kebudayaan yang dianjurkan oleh pihak hotel. lepas tu balik terus tdo.. nak pi clubbing da x larat.... sakit kaki siang td....

11/1/2011 – Selasa ( Hari Keempat)

7.00am – Bersarapan di hotel

9.30am – daftar keluar dari hotel Aston Marina.

10.00am – shopping lagi di Mangga Dua. (saya x beli apa pown..teman member jew)

1.30pm – makan tengahari di Cianjur Ikan Bakar. Makanan yang dihidangkan seperti hidangan di Malaysia. Rata-rata puashati dengan makanan yang dihidangkan. Cuaca pula kurang baik kerana hujan lebat.

2.45pm – bertolak ke lapangan terbang.

4.30pm – Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno – Hatta di Cengkareng dan daftar masuk untuk penerbangan ke KLIA serta check in bagasi.

6.15pm – Terbang ke KLIA – MH 722

9.30pm – Mendarat di KLIA bersama kenangan manis.